Tidak, Cikgu Syafiq/Tutor Syafiq bukan cikgu sekolah. Namun, Cikgu Syafiq mempunyai pengalaman lebih 10 tahun mengadakan tuisyen terutamanya untuk matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.
Cikgu Syafiq juga mempunyai "Permit Mengajar" daripada KPM yang membolehkan Cikgu Syafiq mengajar di Institusi Pendidikan Tinggi Swasta.
Berdasarkan pengalaman mengajar sebagai cikgu tuisyen. Didapati setiap guru mempunyai kaedah tertentu dalam pembelajaran. Namun begitu, di bawah ini merupakan antara bahan rujukan yang akan digunakan oleh Cikgu Syafiq.
Bagi Matematik Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3, biasanya Cikgu Syafiq akan merujuk buku teks, soalan akan diolah bersesuaian dengan bentuk peperiksaan UASA (Bahagian A, B dan C).
Manakala, untuk Tingkatan 4 dan 5 pula, bagi matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan. Cikgu Syafiq akan merujuk buku teks, modul negeri-negeri (yang dikumpulkan oleh cikgu-cikgu sekolah), beserta soalan-soalan daripada percubaan-percubaan negeri tahun-tahun lepas.
Setiap pelajar mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Prestasi pembelajaran pelajar-pelajar pula sangat bergantung dengan usaha pelajar dalam memastikan pelajar fahami apa yang diajarkan.
Selagi pelajar tidak kerap membatalkan kelas, rajin berusaha membuat latihan, rajin bertanya didalam kelas mahu pun di luar waktu kelas. Inshaa Allah, pelajar boleh berjaya.
Cikgu Tuisyen Matematik
Malaysia
Copyright © 2024 Cikgu Tuisyen Matematik - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy